Thursday, April 7, 2016

HARI INI HABIS HARI INI..

KISAH....

Pabila aku sedar hari ini yang aku dah cecah 20 taon. Aku pandang balik ke belakang.. dah terlalu banyak benda jadi. Benda baik, benda buruk,benda yang sepatutnya,benda yang tak sepatutnya..

Patutnya harini,aku dah mulai matang.. tapi tidak.. hati ni tetap bodoh.. dia x buat pon meeting ngan otak dah memandai buat keputusan sendiri.. apa bongoknyaaa. Hahaha

Benda paling baru yang jadi... zaman hidup sebagai student kolej.. amat memeningkan.serabut,gila,bengap . Setelah hati aku sekali lagi tertutup under maintenance setelah ada orang menoreh noreh, meletup,merobohkan,memecahkan dan menyakiti.. aku mula sembuh balik..

Dan bila aku sembuh balik. Ada budak baru masuk kolej aku. Pada mula mulanya aku nampak dia.. memang lah hati cakap "fuiyo awekkk siaaa".. dia lawa.. dia comel.. tpi pada masa tu dia freehair. So perasaan tu aku x tau ah dia tertanam mcm virus cucuk cell dia stay dalam lysogenic cycle. Dia x bergerak dan tersorok. Ahh mcmtu lah perasaan aku kat dia time tu.

Dan agak beberapa lama selepas tu. Satu hari. Aku bru keluar dri bilik finance ambik slip exam.. tiba tiba pulak aku ternampak dia.. bertudung baiiiii. Dia punya lawa terlalu lawa.. dia punya comel terlalu comel.. dia punya ayu gila bak hanggg macam bidadari ya Allah... perasaan aku yang dalam lysogenic stage tu terus burst mengambil alih tubuh ohh rasa suka rasa riang rasa gembira rasa jatuh hati bagai smua mengalir kat badan .

Hari tu jugak. kawan dia dah couple dah dngn kawan aku bahagia ah katanya. Hahahah. Aku suruh member aku tu sampaikan salam kat kawan awek dia tu. Ada nak balik dalam bas aku lambai tapi dia x kenal aku rupanya aduh sedih . Hahahah

Pendek cerita pendek cerita satu hari tu kami keluar berempat tengok wayang cita munafiq yang hantu dia cakap arab tu gila gempak wey. Hari tu. Hari first aku kenal ngn dia. Tpi... hari tu.. start first aku bertentang mata dengan dia.. dia dah abaikan aku.. dia sibuk dengan fon sepanjang jalan sampailah kt mall . Time tu yg member aku tu ah berjalan la dua ekor dngn awek dia kan. Yang aku ni ditinggalkan dngn gadis tersebut. Gadis yang seumpama bidadari di mataku.. tpi... dia sibuk dngn fon.. dia gayut dngn pakwa dia... dan ye dia dah berpunya aku tahu dah sebelum tu.. dulu aku ada pepatah.. awek org aku x kacau.. tapi dia ni lain... entah apa dia buat sampai aku tertarik kot kat dia aduh gila dah comel kecik pendek comel gila tu kan aduh comelnya.. haha

Malam tu lepas tngok wayang aku kecewa la jugak.. tapi apa boleh buat... aku sedar aku watak ketiga.. dan esok keesokan harinya aku mula lah berkenal kenal dngn dia... lepak sesama ,makan sesama.. dia punya sifat,dia punya mata, dia punya senyum, dia punya tingkah laku,dia punya cara... hati aku sejuk.. tenang.. dan rasa dalam hati tu mula berkembang dan berkembang..

Aku sedar dah kalau aku teruskan nanti aku jugak yang sakit.. dia dah ada pakwe kan. Aku ni pendatang asing.. tapi pakwe dia jauh.. luar negara.. dia kata lagi 5 taun bru dpt jumpa agaknya.. aku time tu tak pikir betul la kan teruskan jugak. Ahh kt situ silapnya... sampai lah lama lama... aku... jatuh cinta...

Gila la x jatuh cinta kalau dah sifat dia baik, bendul sikit, manja dia.. hati dia.. wajah dia.. mata dia.. senyum dia.. suara dia.. semuanya indah.. dah sampai tahap aku tak nak lepaskan dia..

Tapi.. bila aku tanya.. dia sayang tak dekat pakwa dia.. dia kata sayang gila.. aku pon bukan jenis sailang orang.. aku bukan juga jenis sakitkan hati orang.. dan aku sedar akan ada yang sakit waktu tu.. aku ambil keputusan untuk undur diri... tapi tak larat weyh.. bila hati kau dah jatuh cinta.. bila hati kau ikhlas nak dia.. bila hati dah suruh.. otak kau memang x da guna.. betul gua cakap otak mcm xda function bila hati start dulu.. kejap je lah aku larat nk lupakan dia.. lepastu gila huru hara .. aku kejar dia balik..

Dia mula berkata dia mungkin rasa yang sama apa yang aku rasa.. lagila susah aku nak lepaskan dia.. hati memang dah cintakan dia.. dah tak boleh nak dinafikan lagi...

Sampailah satu masa.. dia post gmbr pakwa dia.. dia kata pakwa dia everything bagi dia... aku mula sakit... aku mula bermain dengan hati... kejap okay kejap tidak.. aku cuba sikit sikit lupakan dia.. tapi tetap tak boleh bro.. aku memang cintakan dia.. aku tak boleh nak tipu diri sendiri..

Lama kelamaan.. dia makin jauh dari aku.. dia kata dia bizi. Dia kerja.. bila call.. tngah otp.. dia sebuk duk layan kawan dia berborak... bukan sekali bukan dua.. ada jugak dia yang call.. aku angkat.. pastu dia pi borak dngn memember dia.. aku matikan call.. memang hilang gila kelaut lah mood haritu...

Semakin lama... semakin dia abaikan aku.. aku depan mata... dia mcam x nampak... aku cuba tahan... aku pendam... rasa gila gila tak dihargai... kadang dia sebuk main fon depan aku,sebelah aku.. masa untuk aku.. semakin tiada.. jumpa pon nak taknak.. x nk bg org tahu... sebab nak jaga hati kawan dia katanya.. habis hati aku macam mana... kau bagi harapan... lalu kau biar aku terkapai kapai mencari perhatian...

Dan dua hari lepas.. aku terlalu perlukan dia.. sebab aku lost.. aku lost.. disebabkan perkara lain.. perkara perkara sebelum itu.. hari itu.. kejap ja dia jumpa aku sbb dia ada hal dngn budak rumah dia.. bila benda dah settle aku ajak dia jumpa balik... aku terlalu rindu kat dia..  aku terlalu perlukan dia saat itu.. dia x nk jumpa... esok kerja katanya.. aku matika  fon.. dan aku terfikir.. kalau sehari aku x contact dia.. agak agak apa dia rasa.. apa dia fikir.. apa dia buat.. sebab masa tu... hati aku tengah sakit gila... fikiran serabut... memangla kat mata orang lain aku happy.. tapi dalam gila pecah rabak ohh.. dua hari aku x contact dia.. nak tngok respon dia apa.. rupanya dia tak berharap terus dah kat aku.. malas nak beria katanya... so kat situ aku taulah apa aku patut buat.. dia x pertahankan aku... so... aku msj dia.. dia kta kenapa aku buat mcmtu... aku kata sbb itu lah yang aku rasa... diabaikan... dan aku minta dia lepaskan aku... cakap yang dia taknak aku.. putuskan harapan aku.. dan dalam keadaan tak rela dia bagitahu.. masa aku call nak dngr dia ckp sendiri... time tu... memang suara dia mcm xda rasa apa... sedih xda kecewa xda.. dia mcm biasa x da apa apa.. dia kata dia x nk aku.. aku ckp tq.. dan matikan fon...

Dan keputusannya.. itulah.. aku x tau dia sedih ke tidak.. dan aku rasa mungkin ini yang terbaik.. sebab kalau teruskan... aku jugak yang sakit... tersangat sakit.. hati baru nak elok.. pecah balik weyh.. dan itu kisah hari ini.. kisah tadi... dan disebabkan itu... aku tak boleh nak tido... aku x boleh nk lupakan... aku tulis lah cerita ni kat sini... harapan aku dah putus.. dah malas nak berharap kalau mcmni jadinya... aku cuma harap dia jaga diri.. hidup bahagia .. aku masih cintakan dia aku mengaku... tapi aku terpaksa untuk tak berharap..

Dan conclusionnya... hati... benda yang pelik... hanya ada darah dan denyutan... tapi itulah yang boleh menyakitkan atau menbahagiakan kita... jangan salah arah... hidup kita... kita tentukan... good nite.. juliet.